Mengenai Nur Muhammad saw
adalah makhluk pertama haditsnya telah dikeluarkan oleh Imam Abdurrazaaq dari
Jabir ra dg sanad Shahih, rujuk Kitab Anwarul muhammadiyyah hal.13 , diperkuat
oleh Hadits Riwayat Ibn Abbas ra, (Kitab Assyifa oleh ...Imam Qadhiy Iyadh hal
83). mengenai Allah swt memulai penciptaan seluruh makhluq dari Nur Muhammad
saw : hadis Qudsiy riwayat ibn abbas: Kalau bukan karena Muhammad tak
kuciptakan Adam, tak pula Surga dan takpula.... hingga akhir hadits. rwyt Imam
Hakim dan hadits inipun diakui dan disahkan oleh Imam Assubki dalam kitabnya
Syifaus siqom, dan Imam Bulqaini pada Fatwanya. dan juga hadis riwayat ibn
Abbas dengan makna serupa rwyt Imam Addailami fi musnadihi. Mengenai bahwa
Allah menciptakan segala sesuatu untuk/sebagai hadiah bagi Muhammad saw
dapatdilihat pd Musnad Imam Hakim dg sanad shahih namun tak lepas dari Ikhtilaf
dan sanggahan, maka semua permasalahan ini merupakan Ikhtilafyg tak perlu
dipermasalahkan, bagi yg mempercayainya maka berpegang pd dalilnya, dan bagi yg
tak mempercayainya pun sebaiknya berpegang pd dalilnya.
diriwayatkan dari Jabir ra bahwa yg
pertama kali dicipta Allah di alam semesta ini adalah Cahaya Nabi saw, barulah
kemudian dicipta lauhul Mahfudh, Arsy dan alam semesta, hadits ini diriwayatkan
oleh Imam Ahmad dan Imam Tirmidzi dg sanad shahih. (Kasyful Khafaa hadits
no.827).
Diantara ulama hadits yang menyokong
Nur Muhammad sebagai makhluk pertama yang dijadikan oleh Allah semasa alam
arwah ialah Ismail al-'Ajluni dan al-Amir al-Kabir. Muhaddith al-Syam Ismail
ibn Muhammad ibn Abdul Hadi( 1087 /1676 - w. 1662 .../1749M) telah memaparkan
hadis riwayat Abdur Razzaq tersebut dalam kitab'Iqdul Jawhar ats-Tsamiin. Dalam
kitab ini, Al-'Ajluni tidak berani langsung memaudhu'kan hadis ini sedangkan
beliau seorang tokoh hadisutama di Syam serta mempunyai sanad dalam meriwayat
dan menerima sebuah kitab hadis untuk diterima pakai. al-Imam al-Muhaddith
al-Musnid al-Faqih Muhammad bin Muhammad al-Maliki yang terkenal dengan gelaran
al-Amir ul-Kabir ( 1154.1742 - 10 Zulqaedah 1232 /1817 M) telah memaparkan
mafhum Nur Muhammad dalam kitab "Saddul Arabi min 'ulumil isnadi wal
adabi" yang amat terkenal. Ikhwah, daripada sanad di atas ternyata bahawa
hadis Jabir tersebut shahih dengan rawi-rawi yang terkemuka seperti Amirul
Mu'minin fil hadis Ibnu Hajar al-'Asqalaani.
Alqur'an dan lafadz NUR
Dii dalam al-Qur'an terdapat sebutan
tentang "nur" dalam ayat yang bermaksud "Sesungguhnya telah
datang kepadamu Nur dari Allah dan Kitab yang nyata" (Al Quran 5:15).
Tentang ayat di atas "Tafsir al-Jalalain" oleh al-Suyuti menyatakan
makna ...nuritu ialah "rasulullah s.a.w.". Dalam "Tafsir
al-Qurtubi" dinyatakan begini: Telah datang kepada kamu Nur dari Allah,
iaitu cahaya,dikatakan "Islam", dan dikatakan: Muhammad s.a.w. dari
al- Zajjaj. Dan"kitab" itu dikatakan Qur'an. Dalam "Tafsir
al-Tabari" "nur": telahdatang kepada kamu wahai ahli Taurat dan
Injil Nur dari Allah, yakni Nur itu Muhammad salla'Llahu 'alaihi wa sallam yang
dengannya dicerahkan kebenaran dizahirkan Islam dan dihapuskan kesyirikan.
Dalam"Tafsir ibn Kathir" tentang ayat ini (Al Quran 5:15) dinyatakan:
Telahdatang kepada kamu Nur dari Allah dan kitab yang nyata, Allah taala
memberi khabar berekenaan dengan diriNya sendiri bahawa Ia mengutuskan RasulNya
Muhammad dengan Bimbingan Hidayat dan Agama yang hak kepada semua ahli bumi.
Berkenaan dengan ayat 119 Surah al-Syu'ara' Dan perubahan gerak engkau di
kalangan mereka yang sujud Kata Mujahid dan Qatadah: (perubahan gerak engkau di
kalangan mereka yang sujud) iaitudi kalangan mereka yang sembahyang. Kata Ibn
'Abbas: dalam sulbi-sulbibapa-bapa kamu (turun temurun) Adam, Nuh, dan Ibrahim,
sehingga Allah keluarkan Baginda sebagai nabi (akhir zaman). Kata ' Ikrimah:
Melihat engkau berdiri, ruku', sujud; Ibn 'Abbas juga berpendapat
demikian.Dalam "Tafsir Ibn Kathir" dalam hubungan dengan ayat yang
sama terdapatkenyataan: Firman Allah taala: Dan perubahan gerak engkau di
kalangan mereka yang sujud. Kata Qatadah: Dia yang melihat engkau bila engkau
berdiri dan perubahan gerak engkau di kalangan mereka yang sujud" dalam
sembahyang Ia melihat engkau keseorangan dan dalam jemaah. Ini pendapat'Ikrimah
dan ' Ata' al-Khurasani serta Hasan al-Basri. Kata MujahidRasulullah s.a.w.
boleh melihat orang di belakang Baginda sebagaimanaia boleh melihat orang yang
di hadapannya. Dan ia menyaksikan bagi yang demikian sebagaimana yang sahih
dalam hadith.'Samakan saf-saf kamu,sesungguhnya aku melihat di belakangku'. Dan
diriwayatkan olehal-Bazzar danb ibn Abi Hatim dari dua jalan dari ibn
"Abbas bahawa ia menyatakan tentang ayat ini iaitu 'perubahan gerak
Baginda dalam sulbi nabi sampai ke sulbi nabi (yang lain, dari Adam sampai
seterusnya)sehingga Tuhan keluarkan Baginda (ke- dunia menjadi penamat
sekelian)nabi.
DidalamTafsir Ruh al-ma'ani karangan
al-Alusi rh tentang huraian berkenaan dengan ayat 5 :15 , kenyataannya ialah
seperti berikut: (Berkenaandengan ayat yang bermaksud: "Telah datang
kepada dari Allah nur dankitab yang nyata")-nur yang ...agung( 'azim), ia
cahaya bagi sekelian cahaya (nur al-anwar), nabi yangterpilih salla'Llahu
'alaihi wa sallam, dan Qatadah berpegang kepada pendapat ini, juga (ahli bahasa
yang terkenal) al-Zajjaj...Dan tidak jauh(daripada kebenaran) pada pendapatku
bahawa maksud kitab yang nyata itu(juga) ialah nabi salla'llahu 'alaihi wa
sallam, dan 'ataf atasnya adalah seperti 'ataf yang dikatakan oleh al-Jubba'I
(iaitu pada al-Jubbai Mu'tazilah itu nur dan kitab itu kedua-duanya maksudnya
Qur'an)(maka pada al-Alusi, kedua-duanya itu adalah merujuk kepada nabi
Muhammad s.a.w.), dan tidak ada syak bahwa sebutan itu tiap-tiap satunya adalah
kepada nabi 'alaihis-salatu was-salam (iaitu NabiMuhammad), dan kalau anda
teragak-agak untuk menerimanya dari segi ibaratnya, maka biarlah anda
menerimanya dari segi isyaratnya(pula)...(jilid III,hal.369). Dalam hubungan
dengan ayat yang bermaksud:Tidaklah Kami mengutus engkau wahai Muhammad)
melainkan sebagai rahmatuntuk sekelian alam, al-Alusi dalam Tafsir Ruh al-Ma'
ani (jilidIX.hal. 99-100) menyatakan seperti berikut: Hakikat keadaan nabisalla'Llahu
'alaihi wa sallam sebagai rahmat untuk semuanya adalah dengan mengambil kira
Baginda sebagai perantara (wasitah) untuk limpahan rahmat Ilahi (wasitah
al-faid al-Ilahi) atas sekelian makhluk yang ada (al-mumkinat) daripada
permulaan lagi; kerana itulah makanurnya adalah perkara yang mula-mula sekali
dijadikan Allah; dalamhadith ada kenyataan 'Perkara awal yang dijadikan Allah
taala ialah nurnabi engkau, wahai Jabir,' dan ada hadith "Allah taala Maha
pemberi danaku Pembahagi'. (Allah taala al-Mu'ti wa ana al-Qasim). Dalam
"TafsirRuh al-Ma'ani" karangan Al-Alusi rh (men.1170 H.), tentang
ayat yangbermaksud "telah datang kepada kamu dari Allah nur dan kitab
yangnyata" (15.15), jilid III.369) terdapat penerangan bahawa "nur itu
nur(yang agung), nur dari segala nur, dan nabi yang terpilih-salla'llahu'alaihi
wa sallam- ini pandangan yang dipegang oleh Qatadah, dan al-Zajjaj (ahli bahasa
yang terkenal itu) memilih pendapat ini...Dan padasisiku tidak jauh (dari
kebenaran) bahawa yang dimaksudkan nur dan kitab yang nyata itu adalah (kedua-
duanya merujuk kepada ) nabisalla'llahu 'alaihi wa sallam, dan penyambung yang
digunakan itu adalahseperti penyambung yang dikatakan oleh al-Jubba'I (ulama
Mu'tazilahyang terkenal itu) (pada al-Jubba'I kedua-dua nur dan kitab itu
merujuk kepada Qur'an , adapun pada al-Alusi kedua-duanya merujuk kepada
NabiMuhammad s.a.w.), dan mungkin anda merasa teragak-agak untuk menerima
pendapat ini dari segi ibaratnya, maka biarkanlah itu jadinya dari segi isyarat
(iaitu kalau anda tidak boleh menerima pendapat saya ini darisegi ibaratnya
biarlah itu boleh diterima dari segi isayaratnya)..." (ibid. III.
369).Lihat Selengkapnya
sekitar sejam yang lalu
Dalamkitab yang sama, (Ruh
al-Ma'ani, juz IX.100) berhubung dengan ayat yang bermaksud "Tidaklah kami
mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk sekelian
alam", beliau memberi huraian dengankatanya: " Hakikat keada...an
Nabi salla'Llahu 'alaihi wa sallam sebagai rahmat untuk semua yangtwujud
("lil-jami'") itu ialah dengan iktibar bahawa Baginda adalah penengah
–wasitah- bagi limpahan rahmat Ilahi ("wasitah al-faidal-ilahi") atas
sekelian makhluk ("al-mumkinat") dari awalnya, dan ituialah kerana
nur Baginda salla'Llahu 'alaihi wa sallam adalah makhluk yang paling awal; maka
dalam hadith dinyatakan " perkara awal yangdijadikan Allah taala ialah nur
nabi engkau wahai Jabir..." dan datang hadith yang menyebut "Allah
ta'ala adalah Maha pemberi dan aku adalah Pembahagi".Di kalangan ulama
sufiah – Allah menyucikan asrar mereka -ada terdapat huraian berkenaan dengan
hal yang demikian itu yang leb ihlagi daripada ini." Kemudian al-Alusi rh
menukil pendapat ibn al-Qayyimal- Jauziyyah dalam kitabnya "Miftah
al-sa'adah". Katanya " Kalaulah tidak kerana nubuwwat tidak akan ada
langsung dalam alam ini ilmu yang bermenafaat, amal salih, dan kebaikan dalam
hidup manusia, dan tidak ada asas bagi kerajaan, dan manusia akan berkedudukan
seperti haiwan dan binatang buas serta anjing yang memudaratkan, yang
setengahnya berseteru dengan yang lainnya. Maka setiap perkara kebaikan pada
alamini adalah daripada kesan nubuwwah, dan tiap-tiap keburukan yangberlaku
dalam alam atau yang akan berlaku adalah dengan sebabterselindungnya kesan
nubuwwah dan pengarjian tentangnya. Maka alam ini adalah seumpama jasad dan
rohnya ialah nubuwwah, maka tanpa rohnya jasad itu tidak akan ada dokongannya;
kerana itu (bila tidak adalangsung kesan nubuwwah dan pengajiannya) buminya
akan bergoncang,makhluk yang berada di atasnya akan binasa, maka tidak ada
dokongan untuk hidup alam melainkan dengan kesan-kesan nubuwwah
(iaitupengajaran daripadanya). ("Ruh al-Ma'ani". juz 9 , hal. 100).
Dalam kitab yang sama, tentang ayat yang bermaksud "gerak- gerimu di
kalangan mereka yang sujud" (al-Shu'ara 217-219), selain daripada maksud
bahawanabi beregerak di kalangan mereka yang sembahyang, dengan da'wahnya dan
lainnya, pengarang "Ruh al-Ma'ani" (jilid X.hal.135) menerangkan
bahawa: "dan daripada ibn Jubair bahawa maksud mereka itu ialah paraanbia
'a.s.s., dan makna "melihat gerak-geri engkau sebagai mana gerak-geri
mereka yang selain daripada engkau dari kalangan para anbia'a.s. dalam mereka
menyampaikan apa yang diperintahkan kepada mereka,sebagaimana yang kamu
lihat", dan tafsir tentang "mereka yang sujud"itu para anbia,
diriwayatkan oleh satu jemaah, antara mereka ialahTabarani, al-Bazzar, dan Abu
Nu'aim , dari ibn 'Abbas juga , melainkan bahawa beliau itu –Allah meredhainya-
menafsirkan "gerak-geri engkau dikalangan mereka" itu sebagai
bermakna berpindah-pindahnya Baginda (sebagai Nur Muhammad-UEM) dalam
sulbi-sulbi mereka sehingga bondanyamelahirkannya –alaihis-salatu wassalam-
...'(ibid.X.135) Dalam Tafsiral-Wajiz fi Tafsir al-Qur'an al-'Aziz karangan al-
Imam Abul-Hasan 'Alibin Ahmad al-Wahidi (men.468 H.) berkenaan dengan ayat yang
bermaksudTelah datang kepada kamu dari Allah cahaya dan Kitab yang
nyata,katanya nur ya' ni Nabi salla'Llahu 'alaihi wa sallam dan Kitab yangnyata
ya' ni Qur'an ...(Jilid II hal.196. Demikian juga dalam Al-Tafsiral-Munir
li-Ma'alim al-Tanzil al- Musamma Mirah Labid li-Kashfi Ma'naQur'an Majid oleh
Shaikh Nawawi al-Bantani (dan beliau ulama Nusantara, dari Bentan yang terkenal
dalam abad ke-19) - di tepinya Tafsiral- Wajiz karangan al-Wahidi- jilid II
hal. 196 ada dinyatakan: Ayatyang bermaksud Telah datang (...dari Allah kepada
kamu nur) yaitu Rasul iaitu Muhammad salla'Llahu 'alaihi wa sallam (dan Kitab
yang nyata)iaitu Qur'an... Dan dalam Tafsir yang sama, berhubungan dengan ayat
yangbermaksud: dan pergerakan kamu di kalangan mereka yang sujud, yaitu Iamelihat
gerak-geri kamu dalam sembahyang dengan kiyam dan ruku' dansujud serta duduk
bersama-sama mereka yang semb ahyang bila engkaumenjadi imam dalam berjemaah
dengan mereka, dan dikatakan dan Iamelihat engkau berpindah –pindah dalam sulbi
para mu'minin dan mu'minat, semenjak dari Adam dan Hawa sampai kepada '
Abdullah danAminah; maka semua nenek moyang dan ibu bapa penghulu kita
Muhammadsalla'Llahu 'alaihi wa sallam lelaki dan perempuan, tidak termasu
ksyirik ke dalam diri mereka kesyirikan selama mana Nur Muhammad (al-Nural-
Muhammadi) dalam lelaki dan perempuan itu, maka bila berpindah (nur itu)
daripadanya kepada orang yang kemudiannya, maka mungkin orang itu menyembah
yang selain daripada Allah, dan Azar (bapa nabi Ibrahim)tidak menyembah berhala
melainkan selepas berpindah Nur itu kepada Ibrahim, adapun sebelum berpindahnya
(kepada Ibrahim) ia tidak menyembah selain dari Allah...(ibid.II.119).
buah tangan:Sayidah Al Hinduan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar